MyFilem – Perkhidmatan Penstriman Filem Tempatan Dilancarkan, Menawarkan Anda Menonton Satu Filem Secara Percuma

MyFilem – Perkhidmatan Penstriman Filem Tempatan Dilancarkan, Menawarkan Anda Menonton Satu Filem Secara Percuma

Diterbitkan pada Jan 5, 2015 oleh .

Beberapa minggu lepas, kami telah kongsikan bersama anda berkenaan dengan perkhidmatan penstriman filem atas-tayangan yang bakal dilancarkan di Malaysia. Hari ini, perkhidmatan tersebut yang dinamakan sebagai MyFilem telah pun dilancarkan secara rasminya, dan membolehkan para pengguna mendaftar dan menggunakan perkhidmatan tersebut.

MyFilem

MyFilem menawarkan sejumlah filem tempatan, yang mana membolehkan pengguna membeli dan menontonnya terus menggunakan perkhidmatan tersebut. Harga setiap filem adalah berbeza-beza, dan kami kurang pasti berkenaan bagaimanakah harga setiap filem ditetapkan oleh pihak MyFilem ini.

Daripada percubaan kami, filem yang dilanggan atau dibeli melalui MyFilem ini perlulah ditonton dalam tempoh 7 hari sebelum ia dipadam daripada akaun anda. Untuk fasa pengenalan ini, bersempena dengan pelancaran, pihak MyFilem menawarkan satu kod percuma untuk membolehkan anda menonton satu filem yang diminati anda terus pada perkhidmatan MyFilem ini.

MyFilem

MyFilem

Untuk tujuan mengehos video, pihak MyFilem dilihat seperti menggunakan sokongan Vimeo, dan memainkan video melaluinya. Pengguna turut boleh memilih tetapan HD ketika memainkan filem-filem yang tersenarai pada perkhidmatan Vimeo ini.

Bagi anda yang berminat, mungkin boleh mencuba perkhidmatan MyFilem ini hari ini dan menyokong industri perfileman tempatan.

Layari : MyFilem

TIPS & ULASAN

<script>