Cari @ Amanz

Telefon pintar modular semakin menjadi realiti dengan Project Ara yang dibangunkan Google. Komponen peranti boleh dinaiktaraf dengan mudah mengikut kehendak pemilik sekaligus menghapuskan keperluan membeli telefon baru selepas dengan spesifikasi baru setiap tahun. Kita masih lagi menanti telefon pintar modular ini memasuki pasaran. Haier juga mahu menghasilkan peralatan pintar modular tetapi di dalam bentuk televisyen. Televisyen pintar modular mereka mempunyai komponen yang boleh digantikan mengikut kehendak. Buat masa ini komponen modular terhad kepada panel HD Penuh ataupun UHD  yang boleh ditukar ganti. Fungsi pintar yang disertakan ialah ia mampu mengesan jarak anda duduk dari TV. Ia akan memberi amaran sekiranya anda duduk terlalu dekat ataupun duduk terlalu lama. Aplikasi pintar yang mengesan tekanan darah dan pola tidur anda juga turut disertakan pada televisyen pintar ini. Harga dan tarikh jualan televisyen ini hanya akan diumumkan di CES 2015 yang bermula hari ini.

Haier-Modular-TV

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd