Ramai pengguna yang masih menantikan pengumuman HTC One M9 yang dijadualkan sekitar bulan Mac kelak. Sementara menantikan pelancaran peranti berkenaan, pihak HTC kini dilihat menambah satu lagi peranti baru dibawah keluarga Desire, iaitu HTC Desire 320.
HTC Desire 320 ini hadir dengan skrin bersaiz 4.5-inci dengan resolusi 854×480 pixel, menggunakan cip pemprosesan empat-teras 1.3Ghz, memori 1GB RAM dan kamera belakang 5-megapixel, serta kamera hadapan 0.3-megapixel. Peranti ini menggunakan Android 4.4 KitKat dengan antaramuka HTC Sense, serta dilengkapi bateri berkapasiti 2100mAh yang dikatakan mampu beroperasi selama 12 jam.
Beberapa fungsi tambahan yang disertakan pada peranti ini adalah termasuk sokongan radio FM untuk membolehkan pengguna mendengar lagu kegemaran mereka dengan mudah menggunakannya. Peranti ini hadir dalam pilihan warna putih dan juga kelabu. Harga jualan peranti ini masih tidak diketahui lagi buat masa ini.