HP Memperkenalkan Komputer Mini Berasaskan Windows Pada Harga Sekitar RM640

HP Memperkenalkan Komputer Mini Berasaskan Windows Pada Harga Sekitar RM640

Diterbitkan pada Jan 5, 2015 oleh .

HP hari ini telah memperkenalkan sejumlah monitor baru, dan tidak ketinggalan adalah mereka turut sama telah memperkenalkan salah satu komputer bersaiz mini mereka, dinamakan sebagai HP Stream Mini.

HP Stream Mini membawakan saiz yang amat kecil, dimana ia hanya setinggi 2-inci, dan beratnya kurang daripada 1 kilogram. Ia memfokuskan kepada penggunaan di lokasi yang mempunyai ruangan terhad – dan tidak ingin memenuhkannya dengan saiz desktop yang besar.

HP Stream Mini

Dari segi spesifikasi, pihak HP menyertakan bersama-sama dengannya cip Intel Celeron 1.4Ghz, memori 2GB RAM, ruangan storan berasaskan SSD bersaiz 32GB, sokongan WiFi 802.11n, selain beberapa port tambahan seperti ruangan HDMI, USB 3.0, kad-SD, dan juga ruangan Ethernet.

HP Stream Mini ini menggunakan Windows 8, dan turut disertakan adalah langganan percuma OneDrive sebesar 200GB selama dua tahun. HP Stream Mini ini dijual pada harga $180 (~RM638).

Pihak HP turut menyediakan beberapa variasi untuknya, termasuk HP Pavilion Mini yang menyertakan cip pemprosesan 1.7GHz, memori 4GB RAM dan juga ruangan storan 500GB HDD.


TIPS & ULASAN