Cari @ Amanz

LG hari ini memulakan acara CES 2015 dengan mengumumkan perancangan mereka untuk tahun ini. LG dilihat memfokuskan kepada IoT (Internet of Things), dimana pelbagai peranti berhubung ke arena internet dan membolehkan anda mengawal satu sama lain, selain turut membolehkan anda mengetahui pelbagai data tambahan melaluinya.

LG CES 2015

LG CES 2015

Salah satu perkara yang menjadi pemacu sebalik penggunaan IoT dengan lebih meluas adalah platform disebaliknya. LG mengatakan mereka ingin menyokong pelbagai platform termasuk Android dan juga iOS – dan tidak terkongkong dengan hanya satu platform sahaja.

Pihak LG juga turut tidak melupakan pada platform milik mereka tersendiri iaitu WebOS. Pada tahun lepas, LG telah sedia memperkenalkan televisyen dengan WebOS, dan pada tahun ini mereka mengemaskininya dengan pengenalan WebOS 2.0.

LG CES 2015

WebOS 2.0 membawakan antaramuka yang lebih mudah untuk digunakan, beroperasi lebih pantas, dan turut menyertakan sokongan penstriman 4K melaluinya.

Disamping itu, pihak LG juga dilihat berminat dengan kenderaan dan ingin mengintegrasikan teknologi mereka ke kenderaan, dan memudahkan pengguna mengawal dan mengetahui pelbagai data menggunakannya.

LG CES 2015

LG CES 2015

LG turut menekankan yang mana mereka turut akan memperluaskan sokongan HomeChat yang telah diperkenalkan pada tahun lepas, dimana menggunakannya pengguna boleh mengawal peranti dan peralatan elektrik dirumah dengan menggunakan cara perbualan biasa. Pada tahun ini, LG membawakan sokongan tersebut ke jam tangan pintar, dan beberapa peranti lain – termasuk integrasi dengan Nest milik Google.

LG CES 2015

LG boleh dikatakan bukan satu-satunya syarikat yang menekankan kepada IoT ini, dimana pelbagai syarikat lain turut berminat dengannya. LG mengatakan mereka akan menggunakan platform dengan piawaian terbuka – sekaligus membolehkan lebih banyak jenama lain turut menggunakan piawaian serupa, dan memudahkan pengguna dalam mengintegrasikan dan menggunakan peralatan dan peranti mereka.

LG CES 2015

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd