Cari @ Amanz

Selain pengenalan telefon pintar, Asus juga turut mengumumkan salah satu siri komputer baru dibawah keluarga Transformer, dinamakan sebagai Asus Transformer Book Chi. Ia hadir menggunakan cip Intel, dan juga dijana menggunakan Windows.

ASUS Transformer Book Chi

Asus Tansformer Book Chi ini hadir dalam beberapa variasi, dan kesemuanya berfungsi sebagai peranti hibrid dua-dalam-satu. Ini bermaksud anda boleh tanggalkan papan kekuncinya dan menggunakan ia sebagai tablet, ataupun menghubungkan papan kekunci dan menggunakan ia sebagai komputer riba.

Sebanyak tiga model diperkenalkan dibawah keluarga Transformer Book Chi ini dimana model paling berspesifikasi tinggi adalah Asus Transformer Chi T300. Ia hadir dengan skrin bersaiz 12.5-inci pada resolusi 2560×1400 pixel, dilengkapi cip pemprosesan Intel Core M, ruangan storan 128GB, dan menjalankan Windows 8.1.

ASUS Transformer Book Chi

Asus Transformer Chi Book T100 merupakan model pertengahan, hadir dengan skrin bersaiz 10.1-inci dengan resolusi 1920×1080 pixel, dan menggunakan cip pemprosesan Intel Atom, serta ruangan storan dalam pilihan 32GB atau 64GB eMMC.

Model paling asas adalah Asus Transformer Chi Book T90, yang mana hadir dengan skrin bersaiz 8.9-inci, menggunakan cip pemprosesan Intel Atom Z3775 1.46GHz, dan ruangan storan sama seperti T100.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd