Cari @ Amanz

Dengan pelbagai syarikat menyertai arena peranti boleh-pakai, hari ini di CES 2015, pihak Lenovo secara rasminya memperkenalkan salah satu produk terbaru mereka yang dinamakan sebagai VIBE Band VB10. Ia direkabentuk sebagai gelang tangan pintar, tetapi turut menyertakan skrin untuk turut digunakan sebagai jam tangan pintar.

Lenovo VIBE Band VB10

Lenovo VIBE Band VB10 ini boleh digunakan untuk menerima notifikasi daripada telefon pintar, menggunakannya untuk memantau aktiviti kecergasan seperti larian dan langkah yang dijalan, selain turut digunakan sebagai jam biasa.

Lenovo Vibe Band VB10 ini menggunakan skrin berasaskan kepada e-ink, sekaligus membolehkan peranti ini digunakan sehingga 7 hari dengan sekali pengecasan sahaja. Ia berhubung dengan telefon pintar pengguna melalui sokongan Bluetooth, dan turut hadir dengan rekaan kalis air.

Lenovo bakal memasarkan VIBE Band VB10 ini bermula bulan April ini. Harga jualannya masih tidak diketahui lagi, dan kami juga agak kurang pasti sama ada adakah ia akan kelihatan elegan apabila digunakan pada tangan lelaki.

Lenovo VIBE Band VB10

Lenovo VIBE Band VB10

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd