Samsung Hadir Dengan Pemacu SSD Mudah-Alih – Samsung Portable SSD T1

Samsung Hadir Dengan Pemacu SSD Mudah-Alih – Samsung Portable SSD T1

Diterbitkan pada Jan 6, 2015 oleh .

Samsung bersempena dengan CES 2015 hari ini, turut hadir dengan beberapa produk baru. Salah satu yang menarik perhatian kami adalah pengenalan pemacu SSD mudah-alih yang mana hadir dengan pilihan 250GB, 500GB dan juga 1TB.

Pada hari ini, boleh dikatakan ramai yang menggunakan pemacu HDD mudah-alih yang mana agak besar saiznya, dan dari segi prestasi agak sedikit kurang berbanding SSD. Namun, ia berharga lebih murah dan mampu dimiliki lebih ramai berbanding dengan pemacu SSD yang berharga mahal.

Samsung Portable SSD T1

Samsung Portable SSD T1 ini hadir dengan kebolehan menulis dan membaca yang pantas, dimana ia boleh membaca pada kepantasan 450MB/saat, selain hadir dengan perisian penyulitan tersendiri untuk pemacu berkenaan untuk melindungi fail-fail didalamnya daripada diceroboh.

Dari segi saiz, Samsung Portable SSD T1 ini bersaiz sebesar kad kredit dan membawakan ketebalan 9.5mm. Jikalau dibandingkan, boleh dikatakan ia jauh lebih kecil berbanding dengan pemacu mudah-alih HDD hari ini.

Namun, dari segi harga, ia agak mahal. Portable SSD T1 dengan ruangan storan 250GB berharga $180 (~RM640), sementara 500GB $300 (~RM1060), dan 1TB pada harga $600 (~RM2130). Harganya boleh dikatakan amat mahal buat masa ini jikalau dibandingkan dengan HDD. Mungkin kita akan dapat melihat harga yang lebih rendah untuk pemacu SSD ini dalam masa beberapa tahun lagi.


TIPS & ULASAN