Lenovo Vibe X2 Pro Diperkenalkan Dengan Kamera Hadapan Dan Belakang 13-Megapixel

Lenovo Vibe X2 Pro Diperkenalkan Dengan Kamera Hadapan Dan Belakang 13-Megapixel

Diterbitkan pada Jan 6, 2015 oleh .

Lenovo telah memperkenalkan Vibe X2 untuk pasaran Malaysia baru-baru ini, dan hari ini di CES 2015 yang diadakan di Amerika Syarikat, pihak Lenovo turut memperkenalkan peranti kemaskini untuknya yang dinamakan sebagai Lenovo Vibe X2 Pro.

Seperti Lenovo Vibe X2, ia membawakan rekaan kerangka berlapis, dan membawakan pengalaman penggunaan yang lebih premium berbanding pelbagai peranti lain di pasaran. Lenovo mengatakan mereka membawakan binaan berasaskan logam untuk ke semua lapisan kerangka berkenaan, dan warna yang menarik bersama-sama dengannya.

Lenovo Vibe X2 Pro

Lenovo Vibe X2 Pro

Dari segi spesifikasi, Lenovo Vibe X2 Pro hadir dengan skrin bersaiz 5.3-inci dengan resolusi 1920×1090-pixel, cip pemprosesan lapan-teras 64-bit Snapdragon 615 1.5GHz, memori 2GB RAM, dan ruangan storan 32GB.

Bahagian kamera peranti ini agak menarik, dan lebih kurang seperti HTC Desire EYE, dimana ia membawakan kamera belakang 13-megapixel dengan sokongan autofokus serta LED Flash, dan kamera hadapan juga merupakan kamera 13-megapixel dengan sokongan auto-fokus.

Peranti ini menggunakan kad-SIM bersaiz nano, dan menyokong rangkaian data 4G LTE. Versi dwi-SIM turut terdapat dan ia menyertakan bateri berkapasiti 2410mAh.

Buat masa ini, ia tidak lagi diketahui bilakah Lenovo Vibe X2 Pro ini akan memasuki pasaran tempatan.

Lenovo Vibe X2 Pro


TIPS & ULASAN