Carian
Televisyen Samsung SUHD Membawakan Paparan Warna Yang Lebih Terang Pada Harga Lebih Rendah
January 6, 2015 Aman

CES sedia menjadi salah satu acara dimana pelbagai pengeluar memperlihatkan televisyen, dan Samsung hari ini tidak ketinggalan dan telah pun memperkenalkan keluarga televisyen pintar mereka dibawah keluarga SUHD yang mana kesemuanya dijana menggunakan sistem operasi Tizen.

Samsung SUHD

Samsung mengatakan melalui SUHD, mereka menggunakan teknologi quantum dot nano-crystal semiconductor untuk hadir dengan skrin yang menawarkan dan memaparkan lebih banyak warna berbanding dengan televisyen LCD biasa. Penggunaan teknologi quantum-dot juga turut membolehkan mereka hadir dengan panel berharga lebih rendah berbanding OLED, sekaligus menjadikan harga televisyen berkenaan murah berbanding kebiasaan. Quantum-dot ini juga sekaligus membolehkan gambar yang lebih terang dihasilkan.

Dibawah keluarga SUHD ini, tiga siri berbeza ditawarkan iaitu JS9500, JS9000 dan juga JS8500, dimana kesemuanya hadir dalam variasi bersaiz sekitar 48-inci sehingga 88-inci. Spesifikasi penuh masih tidak diketahui lagi, tetapi ia dilihat membawakan rekaan yang elegan dan bingkai yang nipis.

Buat masa ini, harga jualan untuk televisyen ini masih tidak diketahui lagi. Kesemuanya menggunakan Tizen, dan ia turut hadir dengan beberapa kandungan khusus yang berbeza untuk setiap negara.

Komen