Nostalgia! Anda Kini Boleh Memainkan Sejumlah Permainan MS-DOS Terus Pada Pelayar Web Anda

Nostalgia! Anda Kini Boleh Memainkan Sejumlah Permainan MS-DOS Terus Pada Pelayar Web Anda

Diterbitkan pada Jan 6, 2015 oleh .

Dengan perkembangan pesat dunia teknologi, pelbagai perkara lama turut diarkibkan – terima kasih kepada pihak Internet Archive. Beberapa minggu sebelum ini, mereka telah menawarkan pelbagai permainan pada konsol Atari yang lama terus pada pelayar web, dan kini mereka turut membawakan lebih 2000 permainan MS-DOS untuk dimainkan pada pelayar web.

Prince of Persia

Pihak Internet Archive dilihat menggunakan emulator berasaskan DOSBOX, dan ia menyokong pelbagai pelayar web moden pada hari ini. Pengguna boleh memainkan permainan yang ditawarkan menggunakan kawalan papan kekunci dengan mudah terus melaluinya.

Sejumlah permainan menarik ditawarkan melaluinya, termasuk Prince of Persia, Wolfenstein 3D, The Oregon Trail, Championship Manager 93-94, Crazy Cars dan ratusan permainan lain. Bagi anda yang berminat, mungkin boleh bookmark halaman berkenaan, dan memainkannya ketika masa lapang.

Layari : Internet Archive – MS-DOS


TIPS & ULASAN