Selain persaingan dalam arena spesifikasi, kini pengenalan kemaskini Android dengan lebih pantas turut menjadi salah satu faktor untuk pengguna memilih sesuatu telefon pintar. Samsung kini telah pun mula menawarkan Android 5.0 Lolipop untuk Galaxy S5, dan kini pada CES 2015, pihak Sony mengumumkan yang mana Xperia Z3 akan menerima kemaskini sama bermula bulan hadapan.
Buat masa ini, pihak Sony telah memperlihatkan penggunaan AOSP, tetapi ia masih lagi tidak diketahui apakah fungsi-fungsi tambahan versi Android 5.0 Lolipop akan hadir kepada pengguna Xperia Z3 kelak.
Selain Xperia Z3, beberapa peranti Sony yang lain juga dijangka akan menerima Android 5.0 Lolipop, tetapi akan lambat sedikit berbanding dengan Xperia Z3.