HTC Desire 826 Diperkenalkan Dengan Android 5.0 Lolipop Dan Kamera Hadapan Ultrapixel
HTC

HTC Desire 826 Diperkenalkan Dengan Android 5.0 Lolipop Dan Kamera Hadapan Ultrapixel

Diterbitkan pada Jan 6, 2015 oleh .

HTC semalam telah memperkenalkan HTC Desire 320, dan hari ini mereka turut hadir dengan satu lagi peranti dibawah keluarga Desire, iaitu HTC Desire 826. Peranti ini membawakan rekaan lebih kurang seperti HTC Desire EYE, tetapi membawakan beberapa penambah-baikkan bersama-sama dengannya.

HTC Desire 826

HTC Desire 826 membawakan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan 1080p, cip pemprosesan Snapdragon 615 64-bit lapan teras, kamera belakang 13-megapixel, dan kamera hadapan 4-Ultrapixel. Peranti ini turut dilengkapi dengan ruangan storan 16GB, dan juga bateri berkapasiti 2600mAh.

Ia sesuatu yang agak menarik untuk melihat HTC terus memperluaskan penggunaan teknologi Ultrapixel mereka, dan mengimplementasikan ia pada kamera hadapan. Perkara ini sekaligus akan membolehkan para pengguna merakamkan gambar selfie yang lebih terang berbanding kamera biasa.

HTC Desire 826 juga menjadi telefon pintar pertama daripada HTC yang menggunakan Android 5.0 Lolipop. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah telefon pintar ini akan dilancarkan untuk pasaran Malaysia, dan berapakah harganya kelak.


TIPS & ULASAN