Kodak merupakan jenama popular bagi mereka yang terlibat dalam arena fotografi. Terkini, dengan perkembangan dunia telefon pintar, mereka turut sama menyertainya, dan telah pun memperkenalkan sebuah telefon pintar berasaskan Android, dinamakan sebagai Instamatic 5.
Kodak Instamatic 5 ini hadir dengan skrin bersaiz 5-inci pada resolusi 720p, menggunakan cip pemprosesan MediaTek 1.7GHz lapan-teras, memori 1GB RAM, kamera belakang 13-megapixel dan kamera hadapan 5-megapixel. Peranti ini turut dilengkapi dengan ruangan storan sebesar 8GB dengan mikro-SD, selain bateri berkapasiti 2150mAh.
Secara kasarnya, tiada sebarang perbezaan yang dibawakan oleh peranti Kodak menjalankan Android Kitkat ini dengan beberapa peranti lain di pasaran. Kodak Instamatic 5 ini dilihat menyertakan beberapa perubahan pada penggunaan Android, dan turut melengkapkan menu mereka dengan pilihan Print, Gallery dan Camera untuk memudahkan pengguna mengakses kamera dan menggunakan perkhidmatan Kodak.
Kami kurang pasti sama ada peranti ini akan menerima perhatian ramai ataupun sebaliknya memandangkan tiada fungsi khusus menarik lain yang disertakan olehnya.
Kodak Instamatic 5 ini bakal dipasarkan pada penghujung suku pertama 2015, pada harga sekitar $249 (~RM888)