Facebook Mengambil-Alih Wit.ai – Syarikat Memfokuskan Pengecaman Suara

Facebook Mengambil-Alih Wit.ai – Syarikat Memfokuskan Pengecaman Suara

Diterbitkan pada Jan 6, 2015 oleh .

Beberapa syarikat gergasi internet sedia memfokuskan kepada teknologi pengecaman suara, dan terkini pihak Facebook turut dilihat berminat terhadapnya, dan telah mengambil-alih salah satu syarikat yang memfokuskan terhadapnya, iaitu Wit.ai.

Facebook Witai

Wit.ai sebelum ini menawarkan API kepada para pembangun untuk membangunkan antaramuka yang diaktifkan menggunakan arahan suara. Sehingga kini, lebih 6000 pembangun menggunakannya. Dengan pengambil-alihan ini, platform tersebut masih akan kekal terbuka, tetapi Facebook dijangka akan mengintegrasikannya dalam menarik pembangun ke platform mereka.

Disamping itu, ia juga dikatakan Facebook mungkin akan mengintegrasikan teknologi tersebut ke dalam Facebook Messenger, sekaligus akan memudahkan pengguna membuat input berasaskan kepada suara ke teks. Perkara ini mungkin memudahkan pengguna sekiranya ingin membalas mesej ketika memandu dan sebagainya.


TIPS & ULASAN