Razer Forge TV – Konsol Berasaskan Android Yang Akan Membolehkan Anda Turut Strim Permainan Dari PC

Razer Forge TV – Konsol Berasaskan Android Yang Akan Membolehkan Anda Turut Strim Permainan Dari PC

Diterbitkan pada Jan 6, 2015 oleh .

Razer hari ini telah memperkenalkan secara rasminya konsol bersaiz mini mereka yang berasaskan kepada platform Android, dinamakan sebagai Razer Forge TV. Konsol ini selain boleh digunakan untuk bermain permainan, ia juga turut boleh digunakan untuk mengikuti dan menonton rancangan kegemaran anda dari peranti mudah-alih anda atau dari internet.

Razer Forge TV

Razer Forge TV ini dilengkapi dengan cip Snapdragon 805, enjin grafik Adreno 420 GPU, ruangan storan terbina 16GB dan memori sebanyak 2GB RAM. Razer Forge TV ini dilihat boleh dihubungkan dengan empat alat-kawalan pada sesuatu masa, sekaligus membolehkan anda bermain permainan yang diminati dengan rakan-rakan di ruang tamu.

Disamping hanya memainkan permainan, pihak Razer turut mengatakan ia turut boleh digunakan untuk diintegrasikan bersama-sama peranti mudah-alih seperti iOS, Android, Chromebook dan juga Windows untuk mengakses media seperti gambar, muzik, video dan sebagainya.

Razer turut dilihat ingin membolehkan pengguna untuk menghubungkan ia dengan komputer desktop anda, dan strim permainan terus kepadanya – sekaligus mengawal permainan di televisyen anda menggunakan papan kekunci dan trackpad.

Razer Forge TV ini akan ditawarkan pada harga $99.99, dan turut hadir dengan bundle yang menyertakan ForgeTV serta Serval Controller pada harga $149.99.


TIPS & ULASAN