Cari @ Amanz

Dunia permainan dilihat sedang melihat kepada arena realiti-maya dalam memberikan pengalaman permainan yang lebih menarik kepada semua. Terkini, Razer dilihat tidak ingin ketinggalan, dan turut mengumumkan Open Source Virtual Reality (OSVR).

OSVR ini dilihat merupakan salah satu platform terbuka untuk realiti-maya, dan menjadi piawaian untuk peranti-peranti realiti-maya, termasuk pembangunan untuknya. Perkara ini sekaligus memudahkan para pembangun aplikasi mahupun permainan membangunkan kandungan untuknya.

Razer OSVR

Pihak Razer mengatakan OSVR telah sedia mendapatkan sokongan daripada pelbagai syarikat sedia ada termasuk Unity, Leap Motion dan sebagainya. Mereka juga turut mengatakan yang mana OSVR ini akan turut mesra beberapa peranti sedia ada – termasuk Oculus Rift.

Untuk memudahkan pembangun hadir dengan pembangunan, semestinya mereka memerlukan kit pembangunan tersendiri. Razer untuknya menyediakan sebuah kit khusus yang boleh dicetak melalui pencetak 3D, ataupun membuat tempahan terus daripada Razer pada harga $199.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd