Carian
Aplikasi Permesejan Telegram Menambah Sokongan Untuk Menghantar Sticker
January 6, 2015 Aman

Steve JobsPelbagai aplikasi permesejan telah mengintegrasikan sokongan menghantar grafik atai emoji bersaiz besar, yang turut dikenali sebagai sticker. Terkini, pihak Telegram turut mengikut jejak, dan memperkenalkan sokongan sticker pada perkhidmatan mereka.

Berbeza dengan beberapa perkhidmatan lain, pihak Telegram mengintegrasikan ia pada bahagian emoticon, dan hanya memaparkan rekaan sticker apabila pengguna memilih gambar emoticon yang berkaitan sahaja. Buat masa ini, sebanyak 14 sticker disertakan pada perkhidmatan Telegram ini.

Menurut Telegram, mereka akan menambah beberapa sticker baru pada masa akan datang, selain turut membolehkan pengguna menghantar rekaan mereka sendiri. Bagi mereka yang ingin membangunkan sticker anda boleh membuat rekaan untuknya, dan menghantar ia melalui format WebP pada Telegram dan ia akan dihantar sebagai sticker.

Buat masa ini sokongan ini ditawarkan kepada pengguna Android dan iOS, selain pengguna Telegram di desktop.

Komen