LG TWIN Wash – Mesin Basuh Membasuh Dua Muatan Serentak

LG TWIN Wash – Mesin Basuh Membasuh Dua Muatan Serentak

Diterbitkan pada Jan 7, 2015 oleh .

LG-Twin-WashHujung minggu ialah masa untuk santai dan berehat-rehat membasuh baju yang sudah terkumpul selama beberapa hari. Sejak mempunyai bayi kecil rutin membasuh saya keluarga agak bercelaru. Lebih banyak pakaian perlu dibasuh keadaan semakin buruk sejak kebelakangan ini akibat musim tengkujuh. Saya hanya mempunyai sebuah mesin basuh di rumah dan perlu menghabiskan banyak masa untuk membasuh kesemua baju yang kotor. Terlalu banyak masa dihabiskan dan jalan penyelesaian terbaik ialah membeli sebuah lagi mesin basuh tetapi kami tidak mampu. Di CES 2015 LG memperlihatkan mesin basuh TWIN Wash mereka yang mampu membasuh dua muatan berbeza serentak. Ia terdiri daripada sebuah ruang basuhan utama yang besar pada bahagian atas dan sebuah ruang basuhan kecil pada bahagian bawah. Kedua-dua ruang basuhan boleh digunakan serentak bagi menjimatkan masa anda membasuh baju. Kapasiti ruang basuhan kedua yang lebih kecil boleh dikhaskan untuk membasuh pakaian bayi ataupun pakaian dalam. Selain daripada itu mesin basuh basuhan berkembar ini juga mempunyai alat pengering terbina yang mengeringkan baju automatik selepas selesai kitaran membasuh. Tiada maklumat harga ataupun bilakah akan memasuki pasaran. Yang pasti inilah mesin basuh impian saya di rumah. Menjimatkan masa dan pada waktu yang sama tidak perlu lagi sidai baju kerana menyidai baju adalah amat membosankan!

LG-Twin-Was2

 

 

 


TIPS & ULASAN