Microsoft dibawah CEO baru Satya Nadela telah mula memfokuskan kepada penawaran multi-platform. Mereka sedia menawarkan Office untuk Android, dan telah menguji versi tablet sejak penghujung tahun lepas. Terkini, selepas ujian hanya ditawarkan secara terhad, pihak Microsoft mengambil langkah untuk menawarkan versi ujian untuk pengguna tablet Android seluruh dunia.
Kini, semua pengguna tablet Android boleh menguji aplikasi Microsoft Office iaitu Word, Excel dan juga PowerPoint terus pada tablet, sekaligus memudahkan anda membuat dan menyunting dokumen menggunakan tablet anda.
Microsoft mengatakan versi preview ini hanya dioptimasikan untuk pengguna tablet Android KitKat dan Lolipop, serta menggunakan cip berasaskan ARM, serta bersaiz sekitar 7-inci ke 10.1-inci sahaja.
Bagi anda yang menggunakan tablet Android yang menyokongnya, serta banyak menggunakan dokumen berasaskan format Microsoft Office, mungkin boleh mencuba versi preview untuk Word, Excel dan Powerpoint, serta menggunakannya dalam tugasan anda.
- Muat-Turun Microsoft Word untuk Android
- Muat-Turun Microsoft Excel untuk Android
- Muat-Turun Microsoft PowerPoint untuk Android