Dell XPS 13 – Komputer Riba Dengan Skrin 13-inci Paling Kecil, Masa Bertahan Bateri Sehingga 15 Jam

Dell XPS 13 – Komputer Riba Dengan Skrin 13-inci Paling Kecil, Masa Bertahan Bateri Sehingga 15 Jam

Diterbitkan pada Jan 7, 2015 oleh .

Selain pengenalan kemaskini kepada keluarga Alienware, pihak Dell turut mengemaskini keluarga XPS mereka. Komputer riba dibawah keluarga XPS sering menekankan kepada rekabentuk dan juga penawaran fungsi, dan pihak Dell terus mengekalkannya bersama-sama kemaskini baru ini.

Seperti semua sedia maklum, keluarga Dell XPS baru ini menyertakan cip pemprosesan Intel Core generasi ke lima, dan turut hadir dengan pilhan skrin pada paparan 4K.

Dell XPS 135

Namun, menjadi fokus utama pada rekaan komputer riba XPS baru ini adalah dimana ia membawakan rekaan bahagian tepi skrin yang amat nipis – iaitu hanya setebal 5.2-mm, sekaligus menjadikan saiz komputer riba berkenaan lebih kecil.

Jikalau dibandingkan, Dell XPS 13 yang membawakan skrin 13-inci ini kini membawakan saiz yang lebih kurang sama besar dengan komputer riba dipasaran hari ini yang menggunakan skrin 11-inci. Ini kerana kebiasaannya, komputer riba di pasaran membawakan bahagian tepi skrin yang agak tebal, berbanding pada Dell XPS yang baru ini.

Dell XPS 135

Dell XPS 135

Pada masa yang sama, pihak Dell turut menawarkan kemaskini kepada keluarga komputer riba Dell Inspiron mereka, dimana ia dikemaskini dengan cip pemprosesan Intel Core generasi kelima, selain turut hadir dengan pilihan paparan skrin 4K.

Dell juga turut mengintegrasikan sokongan Intel RealSense 3D Camera pada Inspiron 5000 Series dan juga Inspiron 23 AIO yang mana membantu pengguna dalam berinteraksi dalam arena permainan ataupun turut digunakan dalam mengimbas produk untuk percetakkan 3D.

Berbanding dengan Dell XPS yang menawarkan masa bertahan bateri sehingga 15 jam, Dell Inspiron 15 5000 Series ini hanya membawakan masa bertahan bateri sekitar 8 jam.

Kami akan membawakan lebih banyak info berkaitan dengan penawaran komputer riba baru daripada Dell ini pada minggu hadapan.


TIPS & ULASAN