Dell Venue 8 7000 Hadir Dengan Sokongan Intel RealSense Snapshot Depth Camera

Dell Venue 8 7000 Hadir Dengan Sokongan Intel RealSense Snapshot Depth Camera

Diterbitkan pada Jan 7, 2015 oleh .

Dell telah pun memperlihatkan tablet bersaiz 8-inci mereka, iaitu Dell Venue 8 7000 pada acara IDF 2014 pada bulan September 2014 lepas. Hari ini, pada acara CES 2015, mereka sekali lagi memperlihatkannya, dan turut telah mula mula menjualnya kepada pengguna.

Dell Venue 8 7000 Series hadir dengan skrin 8-inci OLED pada resolusi 2560×1600 pixel, membawakan rekaan bahagian tepi skrin yang nipis, dan dilengkapi dengan cip Intel Atom Z3500. Intel turut menekankan ia sebagai tablet yang nipis, pada ketebalan hanya 6mm.

Dell Venue 8 7000

Melengkapkan tablet ini adalah sokongan Intel RealSense Snapshot Depth Camera, yang mana membolehkan anda merakamkan gambar dengan data kedalaman – lebih kurang seperti kamera pada HTC One M8. Ini sekaligus membolehkan anda mengubah titik fokus pada gambar dan sebagainya dengan mudah. Dell turut menyertakan sebuah aplikasi dinamakan Dell Gallery yang menjadi pusat setempat untuk anda menghubungkan Dropbox, Picasa, Facebook dan sebagainya.

Mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenai penawaran tablet ini untuk pasaran Malaysia pada minggu hadapan.


TIPS & ULASAN