Perkembangan dunia perkomputeran dari hari ke hari dilihat agak menarik. Terkini, bersempena dengan CES 2015, pihak Intel telah memperlihatkan sebuah dongle mudah-alih yang baru dinamakan sebagai Intel Compute Stick.
Menariknya adalah ia boleh dikatakan sebagai sebuah komputer mudah-alih menggantikan komputer desktop. Ia hadir dengan sokongan HDMI, dimana pengguna hanya perlu menghubungkan ia kepada monitor atau televisyen sebelum dapat menggunakannya.
Intel Compute Stick ini hadir dengan cip pemprosesan Intel Atom BayTrail, memori 2GB RAM, dan ruangan storan sebesar 32GB. Ia turut dilengkapi dengan sokongan mikro-SD untuk pengguna memperluaskan saiz storan.
Dari segi sokongan, ia menyokong Windows, Linux dan juga Android. Intel dijangka akan menawarkannya sekitar bulan Mac kelak pada harga $149 (~RM533).