Mi Pad – Tablet Daripada Xiaomi Melepasi Pengesahan Sirim Malaysia

Mi Pad – Tablet Daripada Xiaomi Melepasi Pengesahan Sirim Malaysia

Diterbitkan pada Jan 7, 2015 oleh .

Xiaomi telah memperkenalkan tablet Android menggunakan cip pemprosesan NVIDIA pada tahun lepas, dan kini, ia dilihat mendekati pelancaran rasmi di Malaysia. Mengikut rekod Sirim, Xiaomi Mi Pad telah pun melepasi pengesahan secara rasminya, sekaligus akan membolehkan pihak Xiaomi mula menjualnya di Malaysia.

Xiaomi Mi Pad

Xiaomi Mi Pad

Xiaomi Mi Pad membawakan skrin bersaiz 7.9-inci – lebih kurang seperti iPad Mini, dan hadir dengan resolusi 2048×1536 pixel. Ia turut dilengkapi dengan cip Tegra K1 2.2GHz, memori 2GB RAM, kamera belakang 8-megapixel, kamera hadapan 5-megapixel serta bateri berkapasiti 6700mAh. Seperti telefon pintar mereka, Xiaomi Mi Pad dilengkapi dengan antaramuka MIUI dan dijana menggunakan Android.

Buat masa ini, ia tidak lagi diketahui bilakah pihak Xiaomi akan memasarkan Mi Tablet di Malaysia, dan berapakah harganya kelak. Xiaomi Mi Pad telah dijual di China pada harga 1499 Yuan (~RM860), dan harga jualannya kelak mungkin tidak begitu berbeza di pasaran Malaysia.

Xiaomi Mi Pad Sirim


TIPS & ULASAN