Xiaomi Menjadualkan Pelancaran Peranti Baru Pada 15 Januari

Xiaomi Menjadualkan Pelancaran Peranti Baru Pada 15 Januari

Diterbitkan pada Jan 7, 2015 oleh .

Xiaomi baru sahaja memperkenalkan sebuah produk baru mereka pada awal minggu ini, iaitu Xiaomi Redmi 2. Ia boleh dikategorikan dibawah keluarga peranti mampu-milik dan bajet daripada Xiaomi dengan spesifikasi pertengahan. Selain daripadanya, kini Xiaomi turut mempunyai sebuah lagi produk baru yang bakal diperkenalkan, dan mereka menjadualkan tarikh 15 Januari untuk pelancarannya.

Xiaomi 15 Januari

Melalui jemputan yang dihantar oleh pihak Xiaomi, mereka mengatakannya sebagai telefon pintar flagship baru daripada Xiaomi, dan tiada sebarang maklumat lanjut yang diketahui buat masa ini.

Pada forum komuniti Xiaomi, mereka sedia membuat sedikit bancian, dimana pelbagai pengguna mengatakan berkemungkinan pihak Xiaomi akan memperkenalkan telefon pintar Xiaomi Mi 4S ataupun Xiaomi Mi 5 pada tarikh berkenaan. Ini juga selari dengan pelbagai desas-desus sebelum ini berkaitan produk berkenaan.

Jika ia benar, maka mungkin kita akan dapat melihat pihak Xiaomi melangkaui pengenalan Mi4 ke pasaran tempatan, dan menawarkan terus peranti berspesifikasi tinggi terbaru mereka ini.


TIPS & ULASAN