Cari @ Amanz

Lanjutan daripada bencana banjir yang berlaku di Pantai Timur, kini pelbagai syarikat hadir memberikan bantuan dan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir disana, dan terkini, Oppo mengumumkan yang mana mereka menyumbang RM500,000, dan sumbangan tersebut dilakukan melalui Tabung Bencana Banjir NSTP.

Oppo Sumbangan Banjir

Pada masa yang sama, pihak Oppo turut mengatakan yang mana mereka akan meneruskan pengumpulan dana untuk mangsa banjir di Pantai Timur, yang mana akan turut melibatkan pengedar dan penjual peranti Oppo seluruh negara.

Untuk pelanggan Oppo yang mengalami kerosakkan peranti akibat daripada banjir ini pula, pihak Oppo mengatakan mereka akan menawarkan diskaun sehingga 50% untuk kos membaik-pulih, sementara untuk masalah kecil ia akan dilakukan secara percuma. Penawaran pembaik-pulihan ini ditawarkan Oppo sehingga 31 Januari 2015 ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd