LG Merancang Untuk Hadir Dengan Jam Tangan Pintar Berasaskan WebOS Pada Tahun Hadapan
LG

LG Merancang Untuk Hadir Dengan Jam Tangan Pintar Berasaskan WebOS Pada Tahun Hadapan

Diterbitkan pada Jan 7, 2015 oleh .

LG telah sedia mempunyai dua jam tangan pintar menggunakan Android Wear. Selain daripada Android Wear, kini ia dilaporkan syarikat pengeluar peranti dari Korea Selatan ini turut akan menggunakan webOS pada jam tangan pintar mereka – dan dijangka diperkenalkan pada tahun hadapan.

LG G Watch R

LG buat masa ini sedia menggunakan WebOS pada televisyen pintar mereka, dimana ia telah digunakan sejak tahun lepas, dan baru-baru ini mereka telah mengumumkan WebOS 2.0.

WebOS pada asalnya merupakan platform yang dibangunkan oleh Palm, tetapi selepas Palm diambil-alih oleh Hewlett-Packard, pihak HP mengambil langkah untuk tidak meneruskannya dan menjualnya kepada pihak LG.

Dengan membangunkan peranti pada platform WebOS, pihak LG akan mempunyai lebih kawalan, memandangkan ekosistem WebOS tersebut sendiri kini milik LG, berbanding dengan Android yang merupakan dibawah milik Google.

Selain LG, rakan senegara mereka Samsung juga turut memfokuskan kepada Tizen, dalam usaha untuk tidak begitu bergantung kepada platform Android. Tetapi, semestinya dengan penggunaan pelbagai platform ini, salah satu persoalan yang hadir adalah adakah ia akan menerima sokongan daripada para pembangun ataupun sebaliknya.


TIPS & ULASAN