Dell XPS 13 Baru Dengan Intel Core Generasi Kelima Dan Sokongan Paparan QHD+ Kini Disenaraikan Di Malaysia

Dell XPS 13 Baru Dengan Intel Core Generasi Kelima Dan Sokongan Paparan QHD+ Kini Disenaraikan Di Malaysia

Diterbitkan pada Jan 7, 2015 oleh .

Dell pada awal pagi tadi telah memperkenalkan beberapa komputer riba mereka, dan salah satunya adalah Dell XPS 13 yang mana membawakan rekaan bahagian tepi skrin yang amat nipis, sekaligus menjadikannya sebagai komputer riba dengan skrin 13-inci paling kecil di dunia.

Dell XPS 135

Dell XPS 135

Kini, Dell Malaysia dilihat turut telah mengemaskini halaman jualan mereka, dimana mereka menyenaraikan tiga model dibawah keluarga Dell XPS 13. Model paling asas yang membawakan cip Intel Core i5 generasi kelima dengan skrin 1080p disenaraikan pada harga RM3599.

Selain model tersebut, pihak Dell turut menawarkan model QHD+ (3200 x 1800 pixel) dengan memori 8GB RAM dan juga storan 256GB pada harga RM4599, ataupun dengan variasi Intel Core i7 pada harga RM4999.

Melalui komputer riba ini, pihak Dell menawarkan masa penggunaan bateri selama 15 jam (12 jam pada model QHD+), selain turut menyertakan Dell Power Companion (dijual berasingan) yang menawarkan masa penggunaan bateri tambahan sehingga 22 jam. Pembelian komputer riba ini juga dilengkapi dengan ruangan storan Dropbox 20GB secara percuma untuk setahun.

Kami masih belum berpeluang untuk mencuba komputer riba ini. Pihak Dell sedia menjadualkan sebuah acara media pada minggu hadapan, dimana kita mungkin akan dapat melihat perkongsian lanjut mengenainya untuk pasaran tempatan.

Dell XPS 13 2015


TIPS & ULASAN