Mozilla Merancang Untuk Membawa Firefox OS Ke Peranti Boleh-Pakai Seperti Jam Tangan Pintar

Mozilla Merancang Untuk Membawa Firefox OS Ke Peranti Boleh-Pakai Seperti Jam Tangan Pintar

Diterbitkan pada Jan 8, 2015 oleh .

Firefox OSMozilla sedia membawa platform Firefox OS mereka ke telefon pintar, tablet dan terkini ke televisyen. Selain daripadanya, kini ia turut dilihat yang mana Mozilla turut ingin membawa platform sama ke peranti boleh-pakai seperti jam tangan pintar.

Buat masa ini, platform terbuka untuk jam tangan pintar yang agak popular adalah Android Wear, dan ia masih tidak diketahui sama ada platform Firefox OS yang berasaskan kepada HTML5 tersebut akan menerima permintaan pengguna dan pengeluar ataupun sebaliknya.

Daripada penawaran Mozilla kelak, mereka menyasarkan untuk menyokong perhubungan antara pelbagai platform dan tidak terhad kepada hanya Android atau iOS sahaja. Dari segi fungsi pula, pihak Mozilla menyasarkan untuk membolehkan notifikasi dihantar dari telefon pintar ke jam tangan pintar, disamping pada masa yang sama membolehkan ia memantau beberapa data seperti kecergasan dan sebagainya.

Mozilla masih tiada tarikh sasaran untuk pengenalannya buat masa ini, dan mereka dilihat masih mencari rakan kerjasama dalam merealisasikannya.


TIPS & ULASAN