“Muka Digodam” Dengan Menggunakan Unjuran 3 Dimensi

“Muka Digodam” Dengan Menggunakan Unjuran 3 Dimensi

Diterbitkan pada Jan 8, 2015 oleh .

Di dalam filem Total Recall 2012 ada sebuah babak yang menunjukkan Colin Farrel menggunakan alat hologram 3 dimensi untuk merubah muka beliau ketika melalui pos kawalan keselamatan. Alat ini mampu mengubah rupa pemakai dan tidak terhad kepada hanya satu rupa sahaja. Teknologi yang digunakan ini masih lagi fantasi tetapi terma “menggodam muka” sudah wujud sejak 2012 lagi. Muka digodam bagi memastikan wajah anda tidak akan dapat dikesan oleh perisian pengenalan muka pada kamera litar tertutup. Nobumichi Asai seorang artis Jepun menghasilkan video di bawah bagi menunjukkan konsep menggodam muka untuk mengubah wajah individu di masa hadapan. Beliau menggunakan teknik unjuran 3 dimensi dan hasilnya adalah menakjubkan dan menakutkan pada waktu yang sama. Wajah Tsuyoshi Kusanagi dan Shingo Katori, dua ahli kumpulan SMAP berubah berjaya digodam untuk kelihatan seperti robot, haiwan dan juga wanita. Mungkin di masa hadapan mencuri identiti akan menjadi lebih mudah.


TIPS & ULASAN