Cari @ Amanz

Energizer pada penghujung tahun 2014 yang lepas telah mengatakan akan memperlihatkan keluarga telefon pintar mereka yang dibangunkan bersama oleh DDM Brands. Seperti dijanjikan, ia telah pun diperlihatkan di CES 2015, dimana sebanyak empat model diperlihatkan pada acara berkenaan.

Energizer dilihat tidak memfokuskan kepada hanya telefon pintar sahaja, dimana model telefon bimbit turut diperlihatkan. Empat model yang diperlihatkan adalah Energy 200, Energy 240, Energy 400 dan juga Energy 500.

Energy 400 dan juga Energy 500 merupakan dibawah keluarga telefon pintar, sementara Energy 200 dan juga Energy 240 merupakan model telefon bimbit. Kesemua keluarga ini memfokuskan kepada penawaran masa bertahan bateri yang lama, dan juga pada masa yang sama membawakan rekaan yang tahan lasak.

Energizer Energy

Energizer Energy

Dari segi spesifikasi, Energi 500 merupakan model bersaiz 5-inci dengan bateri berkapasiti 3000mAh, sementara Energy 400 merupakan model bersaiz 4-inci dengan bateri berkapasiti 2500mAh. Kedua-duanya hadir dengan sokongan IP68 yang mana kalis air dan juga debu. Rekaan kerangka luar berasaskan getah juga dilihat dapat menerima hentakan daripada ketinggian tiga meter.

Untuk rakaman gambar pula, Energy 500 menyertakan kamera belakang 13-megapixel, sementara Energy 400 menyertakan kamera belakang 8-megapixel. Ia dilengkapi dengan cip pemprosesan MediaTek, dan menjalankan Android 4.4 KitKat.

Produk akhirnya dijangka akan diperlihatkan pada Mobile World Congress sekitar bulan Mac kelak, dan ia dijangka akan dipasarkan di Eropah dan Amerika Syarikat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd