Tongkat Belfie – Memudahkan Mengambil Gambar Punggung Anda

Tongkat Belfie – Memudahkan Mengambil Gambar Punggung Anda

Diterbitkan pada Jan 8, 2015 oleh .

Kayu selfie ataupun kayu narsis adalah alat yang menjadi sangat popular tahun lalu. Kini wujud pula kayu belfie yang memudahkan pengguna mengambil gambar punggung mereka. Mengapa ianya direka? Kerana mengambil selfie punggung dirasakan akan menjadi trend terkini 2015 selepas dipopularkan oleh Kim Kardhasian. Kayu belfie boleh ditambat kepada peranti anda menggunakan Blueetooth. Ia menyokong peranti IOS, Android dan Windows Phone. Jika anda kelihatan lebih cantik dari belakang berbanding dari hadapan aksesori ini pastinya harus anda miliki. Ini adalah inovasi aneh yang setanding dengan topi selfie yang dikeluarkan oleh Acer tahun lalu.

Belfie-Stick


TIPS & ULASAN