Cari @ Amanz

Samsung Malaysia hari ini secara rasminya telah memperkenalkan keluarga telefon pintar baru dibawah nama Galaxy A untuk pasaran Malaysia. Bersama-sama dengannya, pihak Samsung memperkenalkan dua telefon pintar, iaitu Galaxy A3 dan juga Galaxy A5.

Samsung Galaxy A

Keluarga Galaxy A membawakan beberapa fungsi khusus, dimana Samsung membawakan rekaan berasaskan kepada bingkai logam, kamera hadapan 5-megapixel dengan sokongan selfie, dan juga sokongan tema untuk pengguna mengubah daripada lima pilihan yang disediakan. Samsung turut melengkapkan peranti ini dengan sokongan Private Mode untuk melindungi beberapa fail daripada terdedah kepada umum, selain sokongan Multi-Window untuk menggunakan dua aplikasi pada sesuatu masa dengan serentak.

Samsung Galaxy A

Samsung Galaxy A5 membawakan skrin bersaiz 5-inci Super AMOLED, dilengkapi cip pemprosesan 1.2GHz empat-teras, memori 2GB RAM, ruangan storan terbina 16GB, bateri berkapasiti 2300mAh, kamera belakang 13-megapixel dan kamera hadapan 5-megapixel.

Samsung Galaxy A3 pula membawakan spesifikasi sedikit rendah, dimana ia dilengkapi dengan skrin 4.5-inci Super AMOLED, cip pemprosesan empat-teras 1.2GHz, memori 1GB RAM, ruangan storan 16GB, bateri berkapasiti 1900mAh, kamera belakang 8-megapixel dan kamera hadapan 5-megapixel.

Samsung Galaxy A5 membawakan tanda harga sebanyak RM1199 di Malaysia, sementara Galaxy A3 pula berharga RM899. Kedua-duanya boleh didapati daripada pengedar rasmi Samsung seluruh negara. Samsung Malaysia turut mengatakan mereka akan menawarkan Galaxy A7 di Malaysia pada bulan Februari kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd