Samsung Galaxy A7 Diperlihatkan Di Malaysia – Bakal Dipasarkan Februari 2015

Samsung Galaxy A7 Diperlihatkan Di Malaysia – Bakal Dipasarkan Februari 2015

Diterbitkan pada Jan 8, 2015 oleh .

Samsung hari ini secara rasminya telah memperkenalkan siri telefon pintar Galaxy A di Malaysia, dan buat pertama kalinya juga mereka mempertontonkan Galaxy A7 dibawah keluarga sama kepada umum.

Samsung Galaxy A7

Samsung Galaxy A7 hadir dengan rekaan bingkai berasaskan logam, dilengkapi dengan sokongan selfie, fungsi mengubah tema, dan turut hadir dengan sokongan multi-windows dan juga Private Mode.

Dari segi spesifikasi, Samsung mengatakan ia akan dilengkapi dengan skrin 5.5-inci HD penuh Super AMOLED, kamera hadapan 5-megapixel dan juga ketebalan peranti hanya 6.3-mm, serta bateri berkapasiti 2600mAh (CPU-Z dilihat bermasalah dengan pengenal-pastian kapasiti bateri buat masa ini).

Samsung Galaxy A7

Samsung Galaxy A7

Samsung Galaxy A7

Samsung Galaxy A7

Samsung Galaxy A7

Samsung Galaxy A7

Semakan kami pada aplikasi CPU-Z turut memperlihatkan peranti ini membawakan memori sebanyak 2GB RAM, dan cip pemprosesan lapan-teras 1.5GHz Snapdragon 615 MSM8939.

Samsung Malaysia mengatakan peranti ini akan ditawarkan untuk pasaran Malaysia sekitar Februari 2015 kelak, dan harga tawarannya dijangka sekitar RM1499 (bukan harga rasmi lagi).

Samsung Galaxy A7

Samsung Galaxy A7


TIPS & ULASAN