Cari @ Amanz

Jika anda menggunakan Chrome sebagai pelayar web utama pada peranti Android masalah yang akan kami bincangkan di bawah ialah sesuatu yang menjengkelkan. Kadang kala ketika melayari web laman yang ingin anda baca tidak boleh diakses dan anda dibawa ke laman phishing Haikexue yang menyuruh anda memperbaharui aplikasi WhatsApp anda. Masalah ini wujud kerana beberapa laman web menggunakan pelayar iklan yang mengalihkan trafik ke laman Heikexue. Jadi apakah yang boleh anda lakukan bila berhadapan dengan masalah ini? Cara penyelesaiannya adalah sangat mudah.

Heikaxue-Phish-1

  1. Pada Chrome pergi ke bahagian atas kanan dan tekan butang dengan tiga titik untuk mengakses pilihan tambahan.
  2. Sekiranya telefon Android anda masih mempunyai butang navigasi Menu (seperti Xiaomi dan Samsung),  tekan butang Menu untuk mengakses pilihan tambahan yang sama.
  3. Tatal ke bawah dan cari pilihan untuk melakukan tetapan.
  4. Pada skrin seterusnya pilih Privacy.
  5. Tekan butang Clear Browsing Data pada bahagian bawah skrin.
  6. Kini masalah peralihan trafik ke laman phishing ini akan selesai.

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd