Cari @ Amanz

Spartan

Microsoft telah sedia diperkatakan bakal hadir dengan sebuah pelayar web baru untuk pengguna Windows, menggantikan Internet Explorer tidak lama lagi. Buat masa ini, pelayar web ini dikenali dengan nama kod “Spartan”, dan telah dikatakan bakal membawakan rekaan antaramuka lebih kurang seperti Chrome dan juga Firefox pada hari ini.

Spartan

Terkini, beberapa gambar tertiris ke arena web yang telah didapati oleh pihak Neowin, sekaligus hadir dengan sebuah lakaran kasar untuk pelayar web baru berkenaan. Daripada apa yang dilihat, pihak Microsoft dilihat akan mengintegrasikan sokongan reading-mode yang memudahkan proses membaca, selain turut hadir dengan perkongsian mudah dengan satu klik pada pelayar web berkenaan.

Microsoft dijangka akan berkongsi lebih lanjut berkaitan dengan pelayar web ini kepada umum tidak lama lagi. Mungkinkah ini akan membolehkan pihak Microsoft kembali mendapatkan angka pengguna yang tinggi untuk penggunaan pelayar web mereka?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd