Toshiba Hadir Dengan Kad Memori Yang Diintegrasikan Bersama-sama Sokongan NFC

Toshiba Hadir Dengan Kad Memori Yang Diintegrasikan Bersama-sama Sokongan NFC

Diterbitkan pada Jan 9, 2015 oleh .

Pada hari ini, terdapat kad memori SDHC yang hadir dengan sokongan WiFi dalam memudahkan pemindahan data. Lanjutan daripada perkembangan teknologi dan dalam usaha untuk memudahkan pengguna memindahkan gambar yang dirakamkan ke peranti lain, kini Toshiba memperkenalkan kad memori dengan sokongan NFC terbina padanya.

Toshiba Memori NFC

Melalui kad memori SDHC daripada Toshiba yang baru ini, ia membolehkan pengguna memindahkan gambar yang dirakamkan daripada peranti terus ke komputer atau telefon dengan mudah tanpa perlu mengeluarkan kad memori berkenaan.

Pada masa yang sama, pihak Toshiba turut mengatakan yang mana pengguna dengan peranti Android turut boleh memasang sebuah aplikasi khusus dinamakan “Memori Card Preview”, dan melihat apakah kandungan yang terdapat didalamnya serta melihat sehingga 16 gambar thumbnail pada sesuatu masa.

Toshiba akan memasarkan produk ini dalam variasi 8GB, 16GB dan juga 32GB.


TIPS & ULASAN