Samsung Dilaporkan Bakal Menawarkan Fungsi Mengubah Tema Perisian Kepada Lebih Banyak Peranti Galaxy

Samsung Dilaporkan Bakal Menawarkan Fungsi Mengubah Tema Perisian Kepada Lebih Banyak Peranti Galaxy

Diterbitkan pada Jan 9, 2015 oleh .

Samsung semalam telah pun melancarkan Galaxy A di Malaysia, dimana salah satu perkara baru yang turut hadir bersama adalah sokongan mengubah tema. Buat masa ini, fungsi tersebut hanya eksklusif untuk peranti Samsung Galaxy A sahaja, tetapi ia kini dilaporkan akan hadir ke pelbagai peranti lain.

Menurut SamMobile, sokongan mengubah tema yang akan ditawarkan ke peranti lain dijangka berbeza dengan penawaran pada Galaxy A, dimana lebih banyak fungsi dijangka akan ditawarkan termasuk antaranya mengubah font, bunyi sistem, dan beberapa perkara tambahan.

Pada masa yang sama, memandangkan Samsung sering hadir dengan sokongan meluas untuk para pembangun, maka tidak mustahil untuk kita melihat Samsung turut membolehkan pembangun lain mengambil kelebihan fungsi ini dan hadir dengan penawaran rekaan tema mereka tersendiri untuk digunakan pengguna lain.

Jika segalanya berjalan dengan lancar, kita mungkin akan dapat melihat sokongan tema yang dinaik-taraf ini diperkenalkan ketika pelancaran Galaxy S6 kelak.


TIPS & ULASAN