Samsung Dilaporkan Mungkin Memperkenalkan Jam Tangan Pintar Dengan Rekaan Skrin Bulat Pada Bulan Mac Ini

Samsung Dilaporkan Mungkin Memperkenalkan Jam Tangan Pintar Dengan Rekaan Skrin Bulat Pada Bulan Mac Ini

Diterbitkan pada Jan 9, 2015 oleh .

Samsung merupakan antara yang terawal menawarkan jam tangan pintar mereka dengan meluas, bermula daripada Galaxy Gear pada tahun 2013 yang lepas, dan turut hadir dengan Gear 2 dan juga Gear S pada tahun 2014. Dengan fokus mereka untuk penawaran jam tangan pintar, semestinya ramai yang menantikan apakah bakal ditawarkan Samsung pada tahun ini kelak.

Mengikut laporan awal, Samsung pada tahun ini bakal hadir dengan jam tangan pintar dengan skrin bulat pertama daripada mereka – dan mungkin diperkenalkan pada bulan Mac ini ketika acara Mobile World Congress.

Samsung sehingga kini walaupun telah memperkenalkan sejumlah jam tangan pintar, tetapi ia masih membawakan rekaan dengan skrin berbentuk empat-segi. Rekaan skrin bulat agak menerima permintaan tinggi pengguna, terutamanya apabila rakan senegara mereka yang menawarkan LG G Watch R, selain Motorola yang menawarkan Moto 360.

Buat masa ini, bagaimanakah rekaannya masih tidak diketahui lagi. Berkemungkinan kita akan terus dapat melihat Samsung menggunaakn sistem operasi Tizen pada peranti baru mereka ini kelak.


TIPS & ULASAN