StoreDot : Teknologi Mengecas Bateri Peranti Dalam Masa 3 Minit

StoreDot : Teknologi Mengecas Bateri Peranti Dalam Masa 3 Minit

Diterbitkan pada Jan 9, 2015 oleh .

Antara teknologi yang kami mahu dimajukan dengan lebih serius pada tahun 2015 ialah teknologi pengecasan pantas. Tempoh pengecasan penuh peranti sekarang adalah terlalu lama untuk gaya hidup manusia yang mahukan segalanya bergerak dengan pantas. Pada CES 2015 teknologi pengecasan pantas StoreDot diperlihatkan secara tertutup. Bateri 2000 mAh dan pengecas keluaran StoreDot mampu mengecas dalam masa 3 minit. Ini dilakukan dengan mengecas bateri dengan arus 40 Watt dan penggunaan bateri organik. Bateri yang digunakan peranti di pasaran sekarang tidak boleh digunakan bersama dengan pengecas khas keluaran mereka. Buat masa ini StoreDot masih belum bersedia untuk digunakan secara komersial dan hanya akan memasuki pasaran sekitar 2017. Ini adalah kerana bateri StoreDot yang cukup kecil untuk digunakan pada peranti mudah alih hanya mempunyai kapasiti 900 mah. Mereka juga mensasarkan pengecasan bateri sehingga penuh akan dapat dilakukan dalam masa seminit. Sungguhpun teknologi ini masih belum matang, StoreDot sudah menarik minat beberapa pengeluar peranti ternama untuk digunakan pada peranti mereka di masa hadapan. Syarikat yang berpangkalan di Israel ini sudah berjaya mengumpul dana $49.5 juta bagi membangunkan lagi teknologi ini. Samsung dan Roman Abrahamovich adalah dua penyumbang dana terbesar mereka setakat ini. Sama-sama kita nantikan perkembangan teknologi bateri ini. Teknologi seterusnya yang kami mahukan ialah bateri dengan kapasiti besar dengan saiz yang kompak.

_80109512_80109511

 


TIPS & ULASAN