Cari @ Amanz

Sejak diumumkan tahun lalu tidak banyak maklumat tentang Apple Watch diperlihatkan kepada umum. Oleh sebab itu tidak mengejutkan dalam beberapa kaji selidik yang dilakukan hanya 2% pemilik iPhone menunjukkan keinginan membeli jam pintar ini. Sekiranya anda masih duduk di atas pagar dan mahu mencuba sendiri sebelum membeli, kini terdapat laman web yang membolehkan akan melakukannya secara maya. Di DemoAppleWatch Anda boleh mencuba kesemua fungsi asas Apple Watch dan melihat sendiri sama ada rekaan antaramukanya mesra pengguna ataupun tidak.  Saya secara peribadi masih kurang pasti dengan keperluan jam pintar dalam kegunaan harian. Peranti pintar yang sedia ada sudah mencukupi untuk melakukan tugasan harian. Anda pula bagaimana?

DemoAppleWatch

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd