Acer telah sedia menawarkan Switch 11 dan juga Switch 10 untuk pasaran Malaysia sebelum ini. Terkini, ketika acara Malaysia IT Fair, ia dilihat mereka turut sama telah mula menawarkan Aspire Aspire Switch 12 untuk pasaran tempatan.
Acer Switch 12 ini hadir dengan cip pemprosesan Intel Core M-5Y10a (0.8Ghz Turbo Boost kepada 2.0Ghz), ruangan storan 128GB SSD, memori 4GB DDR3L RAM, Intel HD Graphics 5300, dan juga skrin bersaiz 12.5-inci dengan paparan HD penuh. Acer Aspire Switch 12 ini juga turut hadir dengan sokongan Acer Active Stylus untuk memudahkan pengambilan-nota dan juga lakaran.
Seperti komputer riba dibawah keluarga Switch lain, pengguna turut boleh mengubah ia kepada 5 bentuk penggunaan lain, dimana Acer menamakannya sebagai Notebook, Pad, Tent, Display dan juga Desktop. Ruangan papan kekuncinya disambungkan secara magnetik, dimana pengguna boleh mengabungkannya, ataupun menanggalkannya untuk mod penggunaan berbeza. Ia dilihat berhubung dengan komputer melalui sambungan Bluetooth.
Untuk masa penggunaan bateri, Acer mengatakan ia menyokong penggunaan sehingga 8 jam lamanya. Di Malaysia, Aspire Switch 12 ditawarkan pada harga RM2299.