Lenovo Y40-80 Dengan Cip Intel Core Generasi Kelima Mula Ditawarkan Di Malaysia

Lenovo Y40-80 Dengan Cip Intel Core Generasi Kelima Mula Ditawarkan Di Malaysia

Diterbitkan pada Jan 9, 2015 oleh .

Selain daripada Acer, pihak Lenovo juga dilihat telah mula menawarkan komputer riba yang menggunakan cip pemprosesan Intel terkini, iaitu Intel Core generasi kelima. Berbeza dengan Acer, buat masa ini, hanya satu sahaja penawaran daripada Lenovo untuk pasaran tempatan, iaitu komputer riba Lenovo Y40-80.

Lenovo Y40-80

Lenovo Y40-80 merupakan komputer riba memfokuskan gaming daripada pihak Lenovo, dan hadir dengan skrin bersaiz 14-inci dengan resolusi 1920×1080 pixel, dan dilengkapi dengan Windows 8.1.

Dari segi spesifikasi, ia menggunakan cip Intel Core i7-5500U 2.5Ghz dengan sokongan Turbo Boost sehingga 3.5Ghz, kad grafik AMD Radeon R9 M275 4GB DDR5, memori 8GB SDRAM DDR3L, dan ruangan storan 1TB HDD + 8GB SSHD.

Pihak Lenovo turut melengkapkan komputer riba dengan beberapa ciri-ciri tambahan, termasuk sokongan audio melalui JBL Dolby Home Theater v4, dan juga ruangan untuk HDMI.

Di Malaysia, komputer riba ini ditawarkan pada harga RM2999, dan sudah boleh didapati bermula minggu ini.


TIPS & ULASAN