Anda Boleh Mengikuti Pengumuman Peranti Baru Xiaomi Melalui Web Pada 15 Januari, 2 Petang

Anda Boleh Mengikuti Pengumuman Peranti Baru Xiaomi Melalui Web Pada 15 Januari, 2 Petang

Diterbitkan pada Jan 10, 2015 oleh .

Beberapa pengeluar peranti sedia menggunakan platform web dalam menyiarkan pengumuman produk baru mereka kepada pengguna. Kini, Xiaomi turut akan melakukan perkara sama untuk pengumuman peranti flagship mereka terbaru yang dijadualkan pada 15 Januari 2015 ini.

Xiaomi 15 Jan

Xiaomi melalui perkongsian kepada kami, mengatakan ia akan ditayangkan secara langsung melalui laman rasmi Xiaomi, selain turut menawarkan kemaskini melalui laman Weibo dan Youku (dimana ia merupakan laman sosial dan laman video popular di China).

Siaran tersebut juga akan diikuti dengan perbincangan dalam bahasa Inggeris pada laman Mi Singapura pada masa yang sama.

Untuk makluman, Xiaomi akan membuat pengumuman produk baru mereka itu pada 2 petang, 15 Januari kelak, dimana pelbagai desas-desus mengatakan ia berkemungkinan adalah Xiaomi Mi5 ataupun Xiaomi Mi4S – yang mana akan membawakan kemaskini dari segi spesifikasi dan juga rekaan yang lebih nipis.

Layari : Laman Khusus Untuk Xiaomi 15/01/2015


TIPS & ULASAN