Cari @ Amanz

Bersempena dengan CES 2015, pelbagai pengeluar peranti telah memperlihatkan telefon baru, termasuk pengeluar kamera seperti Kodak dan juga Polaroid. Namun, berbeza dengan Kodak, telefon Polaroid dilihat menyerupai apa yang ditawarkan oleh Oppo melalui telefon pintar Oppo N1 dan juga Oppo N3.

Polaroid Selfie

Seperti peranti Oppo, pihak Polaroid turut membawakan sokongan kamera boleh berputar depan dan belakang pada Polaroid Selfie ini – sekaligus menimbulkan pelbagai tanda tanya sama ada ia akan melalui masalah undang-undang ataupun sebaliknya.

Dari segi spesifikasi, Polaroid Selfie ini hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci dengan resolusi 720p, cip pemprosesan lapan-teras MediaTek, memori 2GB RAM, ruangan storan 16GB, dan kamera berputar 13-megapixel. Peranti ini turut hadir dengan Android 5.0 Lolipop padanya.

Polaroid Selfie ini membawakan kawalan kamera berputar secara manual – lebih kurang seperti Oppo N1. Ia tidak lagi diketahui bagaimanakah lanjutan daripadanya, memandangkan pihak Oppo mengatakan mereka tidak melesenkan sebarang rekabentuk dan akan mengambil tindakan lanjut mengenai telefon Polaroid Selfie ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd