Cari @ Amanz

Surface sedia terkenal dikalangan ramai pengguna dengan rekaan papan kekunci yang boleh ditanggalkan dengan mudah, selain turut hadir dengan rekaan kickstand belakang yang boleh dilaraskan. Kini, sebuah produk baru hadir dengan rekaan seumpamanya, tetapi dengan menggunakan sistem operasi berasaskan kepada Android.

Remix Tablet

Untuk bahagian sistem operasi, Remix ini membuat sedikit perubahan pada sistem operasi Android, dan memanggilnya sebagai Remix OS. Ia berasaskan kepada Android 4.4 KitKat, tetapi hadir dengan sokongan input berasaskan kepada papan kekunci dan juga tetikus. Pada masa yang sama, mereka juga turut membuat sedikit perubahan, membolehkan aplikasi yang dijalankan menggunakan paparan pada saiz telefon – dan tidak kelihatan janggal pada paparan tablet berkenaan.

Remix Tablet

Dari segi spesifikasi, ia menggunakan cip daripada NVIDIA Tegra, memori sebanyak 2GB RAM, skrin bersaiz 11.6-inci dengan resolusi 1080p, serta hadir dengan ruangan storan bersaiz 16GB. Ia dijangka akan dijual di Amerika Syarikat pada tahun ini, dan tiada perancangan penawaran global buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd