Gates Foundation Memperlihatkan Penghasilan Air Bersih Daripada Bahan Enapcemar Kumbahan

Gates Foundation Memperlihatkan Penghasilan Air Bersih Daripada Bahan Enapcemar Kumbahan

Diterbitkan pada Jan 11, 2015 oleh .

Bill Gates melalui Gates Foundation sedia memfokuskan kepada membantu rakyat-rakyat di negara-negara membangun. Salah satu masalah utama di negara-negara membangun adalah akses kepada air yang bersih, dan terkini Gates Foundation memperlihatkan Janicki Omniprocessor yang mengubah bahan enapcemar kumbahan kepada air bersih yang boleh diminum.

Selain daripada hanya air, ia juga turut menghasilkan tenaga elektrik, serta baja yang boleh digunakan dalam pertanian. Perkara ini sekaligus membawakan keuntungan kepada penduduk dinegara-negara membangun, dimana mereka bukan hanya boleh menikmati air yang bersih, tetapi juga mempunyai tenaga elektrik serta menjana ekonomi melalui pertanian. Ia juga turut mengatasi masalah dalam pengurusan bahan enapcemar kumbahan di negara-negara membangun dengan lebih efektif berbanding pada masa sekarang. Teknologi ini sedia diimplementasikan dan diperlihatkan oleh beberapa pihak sebelum ini, tetapi Gates Foundation menyasarkannya untuk digunakan dan menghasilkan kuantiti air bersih yang lebih tinggi.

Bill & Melinda Gates Foundation menyasarkan untuk memulakan projek rintis untuk mengujinya di Senegal pada tahun ini, dan jika ia berjaya, tidak mustahil untuk kita melihat ia turut diimplementasikan di negara-negara lain yang memerlukannya.


TIPS & ULASAN