PopSlate : Cangkerang Berskrin E Ink Untuk iPhone

PopSlate : Cangkerang Berskrin E Ink Untuk iPhone

Diterbitkan pada Jan 11, 2015 oleh .

YotaPhone yang memasuki pasaran tempatan tahun lalu adalah antara peranti paling unik yang boleh anda miliki. Peranti Android dari Russia ini mempunyai dua skrin. Skrin utama adalah sebuah skrin LCD manakala skrin keduanya adalah skrin e ink. Ianya sesuai digunakan untuk membaca dan menjimatkan penggunaan bateri. Buat masa ini hanya YotaPhone mempunyai fungsi terbina yang inovatif ini. Tetapi sekiranya anda mempunyai sebuah iPhone anda boleh mendapatkan fungsi yang sama dengan membeli cangkerang PopSlate. Cangkerang ini mempunyai skrin e ink 4″ terbina pada panel belakang. Cangkerang ini hanya sesuai digunakan dengan iPhone 6, 5 dan 5S sahaja buat masa ini . Ianya dijual pada harga $130 sebuah. Sangat mahal tetapi sekiranya anda banyak membaca dan mahu memanjangkan hayat beteri iPhone anda ianya agak berbaloi.

PopSlate-1


TIPS & ULASAN