Dr Halim Shafie, Pengerusi Telekom Malaysia Dilantik Sebagai Pengerusi Baru Untuk SKMM

Dr Halim Shafie, Pengerusi Telekom Malaysia Dilantik Sebagai Pengerusi Baru Untuk SKMM

Diterbitkan pada Jan 11, 2015 oleh .

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) merupakan salah satu badan utama dibawah Menteri Komunikasi dan Multimedia yang memantau pelbagai perkara berkaitan arena web. Terkini, berlaku sedikit perubahan pada tampuknya, dan hari ini, secara rasminya ia diumumkan yang mana Dr Halim Shafie dilantik sebagai pengerusi baru untuk SKMM.

Dr Halim Shafie

Ini merupakan kali kedua beliau dipilih sebagai pengerusi SKMM. Sebelum ini, Dr Halim Shafie yang berusia 65-tahun ini pernah menjadi pengerusi SKMM dari tahun 2006 ke 2009 yang lepas, dan kini turut menjadi pengerusi (bukan-eksekutif) di Telekom Malaysia selepas itu untuk tempoh hampir 6 tahun.

Dr Halim Shafie turut pernah bertugas di Kementerian Pendidikan, MAMPU, menjadi pengarah Pos Malaysia Berhad, dan di Tenaga Nasional Berhad sebelum ini.

Pelantikan beliau sebagai pengerusi baru untuk SKMM ini adalah untuk tempoh dua tahun, dan beliau dijangka akan membuat beberapa perkara untuk terus membangunkan ruang siber yang sihat.

Kemaskini : Pihak Telekom Malaysia telah mengumumkan yang mana Dr Halim Shafie telah meninggalkan jawatan pengerusi Telekom Malaysia.


TIPS & ULASAN