Xiaomi pada minggu lepas telah memperkenalkan Redmi 2 yang membawakan kemaskini spesifikasi, dan juga sokongan dwi-LTE. Pada minggu ini pula, mereka menjadualkan sebuah acara khas, dimana Xiaomi telah sedia mengatakan mereka akan memperkenalkan peranti flagship daripada mereka untuk tahun ini.
Apakah yang bakal diperkenalkan oleh mereka masih menjadi tanda tanya, dengan ramai yang membuat spekulasi berkaitan Mi 5 atau Mi 4S. Terkini, sebuah gambar teaser baru hadir ke arena web, sekaligus membuatkan ramai membuat spekulasi yang mana Xiaomi turut mungkin memperkenalkan kemaskini kepada keluarga Redmi Note pada acara sama.
Redmi Note 2 dijangka akan menyertakan skrin bersaiz 5.7-inci, cip Snapdragon 615, memori 2GB RAM, kamera belakang 13-megapixel, da juga kamera hadapan 5-megapixel. Ia turut dispekulasi akan menggunakan rekaan skrin melengkung, dan berkemungkinan kerangka belakang turut menggunakan binaan berasaskan kaca. Dari segi sistem operasi, ia akan menggunakan Android yang dilengkapi antaramuka MIUI6.
Seperti biasa, perkara ini sekadar spekulasi semasa sahaja, dan tiada sebarang pengesahan ditawarkan oleh Xiaomi, selain daripada dua gambar teaser baru.
Xiaomi menjadualkan acara pelancaran mereka pada 15 Januari ini, dan seperti biasa, kami akan membawakan kemaskini langsung daripadanya kelak.